Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Sunday, November 26, 2006

Cerita Lawak 8

7 Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi
untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.

Gadis:"Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos
saya?"

Pelayan: "Saya rasa mungkin tujuh cawan."

Gadis: "Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh, empat cawan kopi susu dan satu
cawan kopi tanpa gula.

Pelayan: aaa...?????

Gua Ajaib

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...
Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...
Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam
seperti biasa...
"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..
"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

Dilarang Memancing

Sepasang suami isteri pergi memancing dgn perahumereka disebuah tasik.. Si suami lebih suka memancing... manakala si isteri pula lebih suka membaca saja. Ketika sudah memancing beberapa jam si suami memutuskan untuk tidur sejenak dan meletakkan alat pancingnya didalam perahunya.. Si isteri pula terus dengan tabiat membacanya..
Tiba-tiba datang seorang penjaga tasik dgn botnya dan menghampiri perahu pasangan tersebut dan berkata "Selamat pagi Puan.. apa yg sedang Anda lakukan??"
"Membaca !!" Jawab wanita itu.. dalam hatinya berkata.."buta ke tak nampak aku membaca.."
"Sebenarnya Anda berada di kawasan yg dilarang memancing" kata penjaga tasik
"Tapi saya tidak memancing..!!! Saya hanya membaca"
"Tapi saya nampak Anda memiliki PERALATAN untuk itu... jadi saya mesti membawa Anda ke pejabat kami untuk di denda..."
"Kalau Anda membawa saya ke sana.. saya akan mendakwa anda
melakukan jenayah rogol..." tengking wanita itu
" Tapi saya tidak menyentuh Puan... !!" balas penjaga tasik kehairanan
"Ya... itu betul.. tapi Anda ada PERALATAN utk itu."

No comments: