Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Thursday, November 23, 2006

Cerita Lawak 4


Alkisah...

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure kelantan.
Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki.
"Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah.
"Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang"
"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."
"Budak ni ado yg lobam nanti kang.."
Brother tadi dah mula naik hangin sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
"Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd..., transportation, transportation"
"Oo... transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey, pegang kotey..!"
Barulah brader tadi faham. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nakgi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah.
Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan pelan.
"Abey buleh tunjuk peley dok? "Lagi sekali brader nogori tuh terkojut .
Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah, atas bawah.
"HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?
"Brader tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas sambil mintak brader tu lukiskan..
"Lukih, lukih peley nok gi ke sano.."
"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan, ingat nak mintak tunjuk apo tadi...
hishh kau ni jang..!!"
Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi di atas keikhlasan brader tu maka member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

Pak Pandir kehilangan keledai

Alkisah setelah kehilangan keledainya, Pak Pandir lalu mengangkat kedua tangannya, ia bersyukur kepada Tuhan.
"Tuhan aku bersyukur kepada-Mu, aku telah kehilangan keledaiku."
Seorang yang melihat dan mendengar doa Pak Pandir bertanya,
"Kamu kehilangan keledaimu, dan kamu bersyukur kepada Tuhan?"
"Aku bersyukur kepada-Nya atas kebijakan-Nya yang mentakdirkan bahwa aku tidak menunggangi keledai waktu itu. Kalau tidak, sekarang aku tentu hilang juga."

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?.
"Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?
"Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

Cerita Lawak 3


Ayam

Dol : "Apa yang engkau bawa tu?"
Mutu: "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya?
Kalau tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Dol : "Emmmm.. tiga kot..?"

Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah
dan setelah diselidik di agensi...
senarai akhir... adalah 3 orang wanita indonesia yang tersenarai...
Banyak la soalan yang ditanya..
kesemuanya sama antara ketiga-tiga calon tu...
sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...
calon 1
Apa nama? Erni
Umur berapa? 22 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Ahh..tuan... masih bujang.
Kenapa tak kahwin? Belum ada yang COCOK.
calon 2
Apa nama? Esah
Umur berapa? 24 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Sudah tuan... sudah ada yang COCOK.
calon3
Apa nama? PiahUmur berapa? 23 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Ahh..tuan...sudah bercerai.
Aii..muda-muda lagi dah bercerai? Kurang COCOK tuan...

Panadol

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...
kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".

Panggilan Kecemasan

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri..
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah....
barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

Cerita Lawak 2

Kuda Raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

SALIM & KAMBING

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"


Cucu Anda Yang Bayar

Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding kaca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi "MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR".

"Hah...? biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah ia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas. Setelah selesai, ia segera hendak berlalu dari tempat tersebut.

Tapi belum sempat ia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.

Pak Pandir: " Macammana nie, di papan iklan tertulis Makan Dulu, yang bayar nanti cucu saya."
Pelayan: " betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik!"


Lawak Pilihanraya
LAWAK 1
UMNO ada keris, DAP ada roket, PAS ada bulan.
Tapi...setajam mana keris, sepanjang mana roket,
kalau DATANG BULAN keris & roket simpan dalam seluar je le....

LAWAK 2
DUN paling panas, DUN PEDAS.
DUN paling sejuk DUN BATU BERENDAM.
DUN paling lemah DUN BATANG BERJUNTAI.
DUN paling miskin, DUN SEKUPANG.
DUN paling berkuasa ENDUN MAHMOOD

Rahsia Menangkap Ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...
so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri.
Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Wednesday, November 22, 2006

Cerita Lawak


kisah 3 budak hitam
Di sebuah kampung yang terletak di utara baghdad terdapat 3 orang budak hitam. Disebabkan kehitaman kulit, mereka dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain.
Tetapi mereka bertiga ini berkawan rapat antara satu sama lain.
Suatu hari, mereka bertiga bermain di pinggir hutan.
Tiba-tiba mereka bertiga terjumpa sebuah botol mineral 500ml yang didalamnya terdapat sesuatu yang ganjil.
Mereka pun apa lagi gi bukak botol itu... .
"POFF"!!... .tiba-tiba asap berwarna hitam yang banyak keluar sebaik saje penutop botol itu dibuka.
Mereka terkejut kerana asap itu bertukar menjadi JIN aladin.
Tatkala mereka nak melarikan diri, jin itu berkata. "ha... ha..ha.. jangan laa kamu sekalian takut pada saya.
Disebabkan kamu telah menbebaskan saya dari botol ini saya sedia tunaikan segala permintaan kamu setiap seorang". dengan syarat satu permintaan sahaja setiap seorang".
Maka dengan tidak berlengah-lengah lagi, si budak hitam yg pertama pun berkata "wahai jin jadikanlah saya PUTIH!".
Maka dengan serta merta budak hitam yang pertama menjadi putih.
"Apa permintaan kamu yang seterusnya?" kata jin itu.
Budak hitam yg ke dua berasa iri hati pada kawannya yang telah putih lalu berkata:
"woii jin saya nak awak jadikan saya lebih putih dari dia". Maka dengan serta merta budak hitam yg kedua itu pun menjadi lebih putih dari budak yang pertama.
"Apa pula permintaan kamu". kata jin pada budak yang terakhir. Melihat kawannya yang telah menjadi putih dan lebih putih, si budak hitam yg ke3 itu berasa iri-hati lalu berkata:
"Wahai jin jadikan le saya lebih-lebih putih dari budak dua ekor ini".
Jin berfikir sejenak lalu berkata: "Mana ada lagi di dunia ini lebih-lebih putih daripada putih". Jin itu tidak dapat menunaikan permintaan budak yang ke tiga lalu menyuruhnya meminta perkara lain. Budak yg ketiga berasa kecewa lalu berkata: "kalau begitu wahai jin permintaan saya ialah jadikanlah 2 orang budak ini hitam kembali seperti sedia kala"...

Kisah tok batin

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan di kalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun MelawatMalaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.
Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la.......
Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya...
lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)
Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas.....
Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?"
Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....
"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.
Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu, sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas.
Last sekali baru dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.
"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian."
Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba....
lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas. Dah ler first time, laju pulak tu. Apabila sampai aje di pekan, konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"
Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas...
Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya,
"Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"
Dengan nada marah Tok Batin tu jawab,
"Mana shelipar aku?... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....
shapa kebassshh sheliparr aku.........!!"

Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Jam Dinding
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya."OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"