Cerita Lawak
kisah 3 budak hitam
Di sebuah kampung yang terletak di utara baghdad terdapat 3 orang budak hitam. Disebabkan kehitaman kulit, mereka dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain.
Tetapi mereka bertiga ini berkawan rapat antara satu sama lain.
Suatu hari, mereka bertiga bermain di pinggir hutan.
Tiba-tiba mereka bertiga terjumpa sebuah botol mineral 500ml yang didalamnya terdapat sesuatu yang ganjil.
Mereka pun apa lagi gi bukak botol itu... .
"POFF"!!... .tiba-tiba asap berwarna hitam yang banyak keluar sebaik saje penutop botol itu dibuka.
Mereka terkejut kerana asap itu bertukar menjadi JIN aladin.
Tatkala mereka nak melarikan diri, jin itu berkata. "ha... ha..ha.. jangan laa kamu sekalian takut pada saya.
Disebabkan kamu telah menbebaskan saya dari botol ini saya sedia tunaikan segala permintaan kamu setiap seorang". dengan syarat satu permintaan sahaja setiap seorang".
Maka dengan tidak berlengah-lengah lagi, si budak hitam yg pertama pun berkata "wahai jin jadikanlah saya PUTIH!".
Maka dengan serta merta budak hitam yang pertama menjadi putih.
"Apa permintaan kamu yang seterusnya?" kata jin itu.
Budak hitam yg ke dua berasa iri hati pada kawannya yang telah putih lalu berkata:
"woii jin saya nak awak jadikan saya lebih putih dari dia". Maka dengan serta merta budak hitam yg kedua itu pun menjadi lebih putih dari budak yang pertama.
"Apa pula permintaan kamu". kata jin pada budak yang terakhir. Melihat kawannya yang telah menjadi putih dan lebih putih, si budak hitam yg ke3 itu berasa iri-hati lalu berkata:
"Wahai jin jadikan le saya lebih-lebih putih dari budak dua ekor ini".
Jin berfikir sejenak lalu berkata: "Mana ada lagi di dunia ini lebih-lebih putih daripada putih". Jin itu tidak dapat menunaikan permintaan budak yang ke tiga lalu menyuruhnya meminta perkara lain. Budak yg ketiga berasa kecewa lalu berkata: "kalau begitu wahai jin permintaan saya ialah jadikanlah 2 orang budak ini hitam kembali seperti sedia kala"...
Kisah tok batin
Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan di kalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun MelawatMalaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.
Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la.......
Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya...
lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)
Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas.....
Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?"
Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....
"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.
Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu, sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas.
Last sekali baru dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.
"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian."
Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba....
lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas. Dah ler first time, laju pulak tu. Apabila sampai aje di pekan, konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"
Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas...
Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya,
"Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"
Dengan nada marah Tok Batin tu jawab,
"Mana shelipar aku?... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....
shapa kebassshh sheliparr aku.........!!"
Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
Jam Dinding
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya."OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"
No comments:
Post a Comment