Monday, July 09, 2007
Paku & Dinding
Ada seorang pemuda yang sangatpemarah. Dia tidak dapat mengawalkemarahannya walaupun ianya hanya satumasalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telahmenghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?"tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulahtembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawabayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemudaitu telah memaku sebanyak 37 batangpaku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah diadapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan jugaberkurangan. Dia mendapati, adalahlebih mudah mengawal kemarahannya darimemukul paku menembusi tembok batutersebut. Akhirnya tibalah pada suatuhari, dimana pemuda tersebut tidakmarah, walau sekali pun. Dia punmemberitahu ayahnya mengenai perkaratersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah danmenyuruh dia mencabut kembalipaku itu satu persatu, pada setiaphari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya diaberjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantasmemberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ketembok tersebut dan berkata'"Kau telah melakukannya dengan baik,anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatansama lagi seperti sebelumnya. Bila kaumenyatakan sesuatu atau melakukansesuatu ketika marah, ianya akanmeninggalkan kesanparut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang denganpisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kalikau memohon maaf dan menyesalatas perbuatan mu, namun lukanya masihtetap ada. Luka di hati adalah lebihpedih dari luka fizikal''.Sahabat adalah permata yang sukardicari. Mereka membuatkan kamu ketawadan menggalakkan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.Maafkan saya sekiranya saya pernahmeninggalkan kesan berlubangdi dinding hati anda...
No comments:
Post a Comment