Sunday, May 27, 2007

Jenis Lelaki

Rahsia Tau* ** *
Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka: Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh. Maknanya: Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka: Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana- mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka: Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.
Maknanya: Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka: Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya: Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka: Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya: Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka: Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Maknanya: Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka : Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Maknanya : Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

No comments:

Post a Comment