Adab Menguap
Adab menguap
Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Selepas menguap hendaklahberistighfar kepada Allah swt. kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda"Sesungguhnya Allah swt. sukakan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah swt., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan" YarhamukAllah" . Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya(menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamumenguap, syaitan ketawa melihatnya.
Riwayat Bukhari.
Rasulullah saw. bersabda dari AbuHurairah r.a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar) ".
wassalam
No comments:
Post a Comment