Lawak 1 : Tukang jam pengsan.
Pada suatu hari ada sorang lelaki tu tengah berlegar legar disebuah pekan. Dia jalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain. Rupanya tujuan dia nak cari kedai jam, kerana jam tangan dia rosak. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah kedai jam. Maka bermula lah dailog;
Lelaki: "Apek, boleh repair saya punya jam?"
Apek: "Boleh, boleh"
Lelaki: "Tapi apek, saya mahu cepat pasal sudah dekat raya ni, hari ni boleh siap ke pek?" Apek: "Mana boleh, esok angkat la"
Lelaki: "Tak boleh la pek, rumah saya jauh, mau datang sini pun banyak susah, tapi kalau apek boleh bagi cepat saya bayar upah double"
Apek: "Oklah! Nanti setengah jam lu mari"
Lelaki itu pun beredar, maka si apek pun cepat cepat repair jam tu.
Dia pun mula bawak jam tu ke meja tempat dia memperbaiki jam yang rosak.
Lampu meja pun dinyalakan. Screw driver yang kecil-kecil memang dah tersedia di situ.
Apek pun tarik bangku nak duduk. Kanta pembesar yang bulat diambil dan diletakkan dimata, dikepit antara pipi dan kening, mata lagi satu ditutup, dengan kanta mata ni, screw jam yang kecik2 pun nampak besar gajah...
tiba-tiba, apek terasa nak kecing. Dia pun berdiri dan terus lari kebilik air, pintu bilik air dibuka, penutup mangkuk tandas diangkat, zip seluar dibuka, anu nya dikeluarkan untuk dihalakan ke mangkuk tandas ... dan apek pun pengsan didalam tandas, ramai orang kat pekan datang tolong apek angkat masuk dalam ambulan, hantar pegi hospital.
Selepas beberapa jam apek pun sedar. Doktor pun tanya:
Doktor: "Macamana boleh pengsan apek"
Apek : " Masa saya dalam tandas,
saya ada nampak itu naga ada tembak air pada saya, naga banyak besar"
Doktor: "Apek Apek, lain kali kalau mau kencing, itu kanta kat mata tanggalkan dulu!!" ____________________________________________________________________________________
Lawak 2: Hakim Dan Gembala Kambing
Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing telah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kejadian pembunuhan. Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya.
Hakim: Wahai Pemgembala Kambing, siapa yang bagi makan kambing kamu?
Pengembala: eeeerrrrr...Yang hitam ke yang putih tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Siapa yang perah susu kambing kamu?
Pengembala: eeerrrr..Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang perah tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang perah tuan hakim.
Hakim: ????????
Hakim: Siapa yang sembelih kambing kamu?
Pengembala: Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim (dengan meninggi suara): Saya peduli apa yang putih ke yang hitam, kerana dua dua jawapan kamu sama jugak.
Pengembala (juga dengan meninggi suara): Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan hakim, sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tak faham ke!
Hakim: Habis yang hitam tu sapa punya?
Pengembala: Yang hitam tu pun saya punya jugak tuan hakim, he he he, sorry.
Hakim: @#%$&*^!_______________________________________________________________________________________ Lawak 3: Omputeh
Pada satu hari disebuah pusat pemereksaan emegresen lapangan tebang KLIA Sorang omputeh ingin memasuki Malaysia.
Pegawai: Name Please.
Omputeh: Simon templer
Pegawai: Sex?
Omputeh : Some time 6, some time 7, the whole week.
Pegawai: not that, I mean male or female?
Omputeh : It doesn't matter male or female, some time horse also can.
_______________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment