Kisah Penjual Roti
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."
Polis : "??? ****"
Jualan Murah
Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki di depannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...
"woi..tak nampak ke orang !!" jerkahnya..
"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "... tambahnya lagi
Lelaki tersebut bangun semula... dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah... dia berkata...
"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jugak ke depan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"
Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe !!
kesian dia kan????
No comments:
Post a Comment