Cerita Lawak 10
Cikgu Nasyor & Man Tapah I
Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu,
sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.
Cikgu Nasyor & Man Tapah II
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu :Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man :Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu :Mana tepungnya??
Man :Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
Cikgu Nasyor & Man Tapah III
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah...
jangan pergi mana-mana
Cikgu Nasyor & Man Tapah IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.
Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
No comments:
Post a Comment