Thursday, November 23, 2006

Cerita Lawak 3


Ayam

Dol : "Apa yang engkau bawa tu?"
Mutu: "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya?
Kalau tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Dol : "Emmmm.. tiga kot..?"

Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah
dan setelah diselidik di agensi...
senarai akhir... adalah 3 orang wanita indonesia yang tersenarai...
Banyak la soalan yang ditanya..
kesemuanya sama antara ketiga-tiga calon tu...
sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...
calon 1
Apa nama? Erni
Umur berapa? 22 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Ahh..tuan... masih bujang.
Kenapa tak kahwin? Belum ada yang COCOK.
calon 2
Apa nama? Esah
Umur berapa? 24 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Sudah tuan... sudah ada yang COCOK.
calon3
Apa nama? PiahUmur berapa? 23 tahun tuan.
Berkahwin atau belum? Ahh..tuan...sudah bercerai.
Aii..muda-muda lagi dah bercerai? Kurang COCOK tuan...

Panadol

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...
kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".

Panggilan Kecemasan

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri..
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah....
barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

No comments:

Post a Comment