Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Sunday, July 08, 2007

Subject: kenal lelaki oleh DR. HM TUAH

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAHJika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalamkeadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadioleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yangmenjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali kebentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan?Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidakpernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkanimejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Andakelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabilaberdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usahrisau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalamkeadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesaberjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yangsuka dan berasa tenang bersama keluarga?Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikanperbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabiladisatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurnamenyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akandipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula olehisteri.Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurangkedegilan untuk tidak mahu memahami.Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitumelihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadangsuami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telahkering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun airmata.Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dananda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasateruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahumenang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakuikesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang memintamaaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memangberat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apajua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupuntidak bersalah.Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang sukamemberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapilayanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkankeadaan.Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleterbukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yangmenekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebabkucing pun pening dengan leteran anda.Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyikdileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah andasetuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebihbanyak tentang lelaki?Kecantikan LelakiKecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik,adalah:-1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun4) Lelaki yang tenang dan lapang dada5) Lelaki yang baik sangka6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikanyang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seoranglelaki.Kegagahan WanitaKegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

No comments: