Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Sunday, April 08, 2007

Fikirkanlah

Fikirkan Tentang Perkara² Ini...
Hari ini sebelum anda mengucapkan kata² yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh bercakap.

Sebelum anda merungut tentang rasa makanan anda,
Fikirkan tentang seseorang yang tiada apa pun untuk di makan.

Sebelum anda merungut tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang menangis kepada Tuhan memohon pasangannya.

Hari ini sebelum anda merungut tentang hidup anda,
Fikirkan tentang seseorang yang telah pergi dulu dari hidup.

Sebelum anda merungut tentang anak² anda,
Fikirkan tentang seseorang yang betul² mahukan anak tetapi mereka tidak boleh mendapatnya.

Sebelum anda merungut tentang rumah yang kotor kerana tidak dibersihkan,
Fikirkan tentang seseorang yang tinggal di jalanan.

Sebelum anda merungut tentang jauhnya jarak pemanduan anda,
Fikirkan seseorang yang hanya berjalan kaki sejauh jarak pemanduan anda.

Dan sekiranya anda keletihan dan merungut tentang kerja anda,
Fikirkan seseorang yang menganggur, orang yang cacat dan seseorang yang berharapan untuk mendapat kerja.

Dan sekiranya perasaan tertekan membuatkan anda murung,
Perlihatkan senyuman di muka anda dan berterima kasih kepada Tuhan kerana anda masih hidup.

No comments: