3 Lawak
Biar Betul?
Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya.
"Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria.
"Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya."
"Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm...satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita...lapan..."
Bangang Punya Suami
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya.
Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,
"Papa, pakcik Lan ada bawah katil ayah tak pakai seluar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya.
Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin.
Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."
mohsin : Lawak jururawat memang best, aku masih gelak lagi walaupun dah 2 - 3 kali baca!!
No comments:
Post a Comment