Lawak Lagi
Malu Sesangat.
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar. Psychologist tu pun cakap ler,
"Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uwaaa..!!!"
Oh Nendaku.
Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata,
"Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenda Lara berkata,
"Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya.
Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."
No comments:
Post a Comment