Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Thursday, December 14, 2006

Lawak Dis #4

Gear
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rusak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin:????????

KISAH NEGRO YANG HAUS
Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir. Jin tu cakap...
"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"
Negro tu pun cakap...
"Pertama, aku nak jadi putih.
Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga.
Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"
Negro tu pun mati dengan tenang nye.
Pada kehidupan lain, Negro tu jadi............... mangkuk tandas wanita!!
Kui..Kui.. Kuii!!

Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje??

ISTERI TERSAYANG
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.
Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu.
Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku Date : 16 May 2006
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.

Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
kuang..kuang..kuang.....

Ayat Power Karam Singh Walia
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock (Bulu Tangkis)
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
kuang.. kuang.. kuang..

No comments: