Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Thursday, December 14, 2006

Lawak Dis #1

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan.
"Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang! Pelajar : Terima kasih cikgu. Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ? Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu... "Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis. "Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara. "Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu. "Nak sarapan!" balas si anak pendek.

Doktor
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul..

Lawak 1: Kisah Si Gadis dengan Pelancong US.
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan di THE MALL.
Gadis : " I'm sorry " Pelancong : " I'm sorry, too " Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka neka dan terus menjawab.. Gadis : " I'm sorry. three " Pelancong : " What are you sorry for? " Gadis : " I'm sorry, five "

Lawak 2: Pembeli dengan Burung Kakak Tua.
Di sebuah kedai menjual burung di Ibu Kota London, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua dua burung itu berbeza, yang satu suka menyanyi dan yang satu lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung. Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...?? Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Terengganu People
There was one family of terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil. Seven of the family members all together. So the mum said,
Mum: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! Dad: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong. Mum: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.
And then they were thinking and thinking of the solution to their problem and how to make some space in the car. Suddenly their youngest son shouted...
Son: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

No comments: