Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Thursday, November 23, 2006

Cerita Lawak 6

Tidak ada jerung

Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing apakah ada jerung di sungai tersebut.
Anak itu menjawab: "Tidak!"
Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa minit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.
Ia menjawab: "Tidak ada jerung!
Kerana jerungnya takut dengan buaya yang ada di sini!!!"

Bijak! Bijak!


Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.
Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah.
Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga.
Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.
"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.

Suami Isteri

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.
Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "
... dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.
Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG.... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Suami Kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut. Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5,000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.
"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk ke dalam cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang di luar cermin ini.. adalah wang saya!
"Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan.
Lalu ia bertanya kepada isterinya,"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"
Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik, suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..
"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk ke dalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu...
dan yang di luar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

Mamak oh Mamak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni!!
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Aaa?????????????

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop...
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...
Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
"Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

No comments: