Iklan

MYSHOP2U Your Internet Cash Generator <foo

http://www.myshop2u.net/index.php?id=msmar_453

Photo Damia

MAWI LALOK

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Pehh..!! Fakta atau Auta?

Friday, November 26, 2010

Hello . @--@

Dear friend,
How are you recently?
I bought a laptop from a website: www.fomshop.com last week. I
have got the product. Its quality is very good and the price is
competitive. They also sell phones, TV, psp, motor and so on. By the
way, they import product from Korea and sell new and original
products. They have good reputation and have many good feedbacks. If
you need these products, look at this website will be a clever choice.
I am sure you will get many surprise and benefits.
Greetings!
f--

Monday, April 07, 2008

RT2









Wednesday, December 12, 2007

New Proton BLM 2008 -Friday: 11/01/08









Unknown sources:

Proton saga Baru dah kuar
interior macam savvy..
Oleh kerna ada permintaan nk tahu interior blm ni, saya jelaskan. Steering, aircon blower, inter door handle mcm Savvy, meter dia pun sama mcm Savvy cuma roundnya warna crom. Dashboard sebelah penumpang depan ada tissue holder mcm Savvy.Ada glove box. Ada 5 cup holder. Gear manual and auto mcm persona. Single CD 1-Din Player.

N-Line - Manual Saja. Color Solid White only
Bumper depan belakang, Side Mirror Black and meter panel color Hitam. Rim 13 cuma pakai center cap.Tak ada reverse sensor, tak ada airbag, tak pre tensior, speaker 2 dibelakang.Harga Tentative price RM33,+++

Base-Line, sama seperti N-Line cuma tambahan ada manual dan auto. ada 3 color metallic. Bumber depan belakang, side mirror body color. 4 speaker depan belakang. Meter warna crom. Rim14 dgn full cover. Tentative price RM34K - RM37K.

M-Line sama seperti Base Line ada manual n auto, 4 warna, 3 metallic, 1 warna solid white,ada alloy rim size 14.Single airbag, ada pre tensioner seatbelt, vanity mirror, elec door mirror, door handle body color, garnish warna hitam. Tentative price RM37K - RM39K.

Logo Proton atau emblem skrg sudah berubah dari segi warna.Tiada lagi warna orange pd kepala harimau. Sudah ditukar kepada warna crom.

Gambar interior sy minta maaf tak boleh pamir. Sy tak blh menjangkau jauh dari penerangan yg boleh sy jelaskan.Harap ini dapat membantu kawan2 yang ingin mengetahuinya. Qualiti, sy boleh kata, klu yang kata persona dh improved quality, blm ini lebih lagi. Thks.


more:
Akan dilancarkan insyaallah pada hari jumaat 11 Januari 08.
Comfortable, Affortable, Practical and Simply Design.Length 4257, width 1680, High 1502. High dan width kurang dari Myvi skit je….Saiz Luggage compartment 413Ltr. Full tank 40lts.Engine redesigned Campro IAFM, maksudnya ada sistem tambahan iaitu Intake Air Fuel Module.
Ada 6 colour. 2 solid color iaitu putih dan merah. 5 colour metallic iaitu, Genetic Silver, Mountain Blue, Zircon Green, Tranquility Black, Grey. Ada 3 Variant model, N-Line ni lowest spec, Base-Line and Medium Line. N-Line cuma manual saja dan ada satu color solid white je.Base-Line dan medium-line ada manual n auto.N-Line 175/70 Rim13 dan center cap, Base line 185/60 rim14 full cover dan Medium Rim14 alloy. Saiz 2.6 kali besar dari Viva dan 83% dari Myvi.Maximun power 70/6000 94bhp, Max torque 120/4000. Fuel save giler…. 0.11 sen per km atau 100km 5.5sen per km utk manual dan 6.0sen utk auto per 100km. 3 years or 150km Factory Waranty yang mana datang dulu… Tengoklah dan lihatlah akan perkembangan proton kini…….. ok le… panjang2 nanti u all penat nak membaca lak kan. Saya khabou ini utk tujuan kita smua fikirkanlah, proton sudah berubah, maka inilah hasilnya.Percayalah….tiada niat yang tak baik. Kiranya anda nak keta lain yang sama segment dgn BLM fikirkanlah model ini. .

Sunday, September 16, 2007

BOSS VS ME.......

I Take a long time to finish, I am slow, When my boss takes a long time, He is thorough When I don't do it, I am lazy, When my boss does not do it, He is busy, When I do something without being told, I am trying to Be smart, When my boss does the same, He takes the initiative, When I please my boss, I am apple polishing, When my boss pleases his boss, He is cooperating, When I make a mistake, You're an idiot.


When my boss makes a mistake, he's only human. When I am out of the office, I am wandering around. When my boss is out of the office, he's on business. When I am on a day off sick, I am always sick. When my boss is a day off sick, He must be very ill. When I apply for leave, I must be going for an Interview When my boss applies for leave, it's because he's Overworked When I do good, My boss never remembers, When I do wrong, He never forgets

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekorbuaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Doa utk mak ayah

Doa utk mak ayah......Ya Allah,Rendahkanlah suaraku bagi merekaPerindahlah ucapanku di depan merekaLunakkanlah watakku terhadap mereka danLembutkan hatiku untuk mereka Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padakudan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah,Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipatganda.Ya Allah,Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu sertarahmat-Mu Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir danEngkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.Amin Ya Rabbul Alamin.. Nota :Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahuhidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kitamenghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah,IstighfarlahBarangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Ataukata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikandan mendoakannya.Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah KamsahSegala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allahjadikan hatiku bersih"2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).10. Kekalkan wuduk.11. Bersedekah.12. Belanja orang makan.13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.14. Berkawan dengan ulama.15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).16. Pesan pada orang, jadi baik.17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengarorang mengumpat.

Zon larangan dalam cinta

Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.
1. Bercinta kerana simpati dan kasihanKamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing. Berterus terang lebih baik dari bersimpati tak kena tempat okeh!
2. Melirik kepada jejaka/gadis lainTidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.
3. Bersikap hipokritKamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.
4. Sanggup menyerah kalahKamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.
5. Terima semua kesalahanJangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang 'kurang' itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.
6. Harus sentiasa bersamaOrang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.
7. Rapat dengan sahabat karib si diaKamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.
8. Berpura-pura tidak cemburuKamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.
9. Terlalu menerima sikap si diaSetiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.
10. Biarkan si dia sahaja membayarSesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Tanda tanda lelaki jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA__._,_.___

rahsia tarikh lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkann ya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangk an sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.